Sunday 4 June 2017

Resepi Kek Pisang Paling Mudah

Assalamualaikum

Selamat berpuasa semua. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan dapat bertemu Ramadhan tahun ini. Semoga kita sama-sama dapat beribadah sebaik dan sebanyak mungkin dan terus istiqamah selepas ini.

Bila masuk bulan puasa ni, macam-macam resepi keluar. Seharian berpuasa memang keinginan nak makan tu lain macam sikit. Tu yang banyak idea-idea dan resepi muncul.

Mufid nak share resepi kek pisang paling mudah dan sedap. Di sebabkan teringin nak makan kek pisang mufid pon try la resepi ni. So lepas ni kalau you all teringin nak makan kek pisang boleh try resepi mudah ni.

Kek Pisang Paling Mudah



Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**ayak semua dan satukan**
4 biji pisang berangan (kalau tak de, gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji)
1 cawan minyak (mufid guna minyak masak je)
1 cawan gula (nak lagi sedap separuh gula putih, separuh gula perang)
3 biji telur
** blend semua**
Cara penyediannya

1-. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
3-. Alaskan loyang dengan kertas minyak.
4- Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . Kalau kukus, dalam 45 minit.
5- Dah sejuk sedia dihidangkan.

Senangkan. Sambil-sambil nak masak untuk berbuka pon boleh buat. Hasilnya kek pisang yang gebu dan sedap. Nak lagi best letakkan hirisan pisang diatas kek, baru la nampak menarik. So selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment