Thursday 15 December 2016

Surirumah Income 4 Angka

Assalammualaikum..

Ada tak kat sini memang bercita-cita nak jadi surirumah? Mesti ramai yang jawab tak. Kenapa? Sebab tak best, terperap kat rumah, tak ada income sendiri, betul? Semua pon kalau boleh nak bekerjaya, kerja hebat-hebat, gaji besar. Tapi sampai satu masa, mesti ramai yang rasa sampai bila aku nak kerja macam ni? Keluar pagi, balik kadang-kadang matahari dah terbenam. Sampai rumah dah penat, nak layan anak-anak lagi. Kadang-kadang ada yang keluar pagi anak tak bangun lagi, sampai rumah anak dah tidur. Terus terang Mufid memang kagum dengan you all yang mampu bertahan macam ni. Kuat betul semangat you all demi mencari rezeki untuk keluarga. 

 Dulu selalu cakap kat diri sendiri, aku nak kahwin cepat, biar dapat anak cepat. Bila aku dah pencen nanti, anak dah besar-besar. Tapi, perancangan Allah itu lagi hebat rupanya. Mufid kahwin pada usia 27 tahun. Agak lewat pada Mufid. Lepas kahwin memang plan nak ada anak terus, tapi rezeki anak datang lambat. Rupanya Allah maha mengetahui masa terbaik nak bagi rezeki anak kat Mufid. Alhamdulillah, ada rezeki zuriat. 

Mufid pernah bekerja, tapi sekarang dah jadi surirumah sepenuh masa. Memang rasa berbeza, tapi ada nikmat yang tak ternilai bila jadi surirumah ni. Lebih-lebih lagi sekarang ni tengah tunggu baby lahir. Tak sabar nak dapat baby, dan pada masa yang sama sangat bersyukur, Allah dah aturkan Mufid InsyaAllah akan jaga sendiri baby Mufid (tak perlu hantar pengasuh dan taska). Tapi pada masa yang sama, family risau sampai bila Mufid nak jadi surirumah. Yelah, dah habis duit belajar tinggi-tinggi, tapi tak bekerja. Ekonomi semakin mencabar pula sekarang. Cukup ke husband sorang yang bekerja? Nanti anak dah lahir lagi besar tanggungan. 

Ye, memang sebelum ni Mufid pon fikir benda yang sama. Betul ke aku ni nak jadi surirumah sepenuh masa. Tak nak cari kerja lain ke lepas bersalin nanti. Well, kita hanya boleh merancang, Allah yang tentukan segalanya. Pada Mufid, rezeki setiap orang  Allah dah tentukan. Kita cuma perlu berusaha dan berdoa diberikan yang terbaik. Sebelum ni bekerja pjj dengan husband, sekarang jadi surirumah dapat kebebasan masa dengan husband. Rasa banyak sikit dapat buat pahala bila duduk sekali dengan husband ni. Semua ni jadikan Mufid sangat-sangat bersyukur. 



Macam sekarang, walaupon Mufid tak bekerja, tapi Alhamdulillah Allah bukakan jalan rezeki Mufid. Tak pernah terfikir nak berniaga, tapi akhirnya berniaga. Tak pernah terfikir jadi surirumah sepenuh masa boleh ada income sendiri, tapi Alhamdulillah Allah beri Mufid rasa income 4angka. Ye, 4angka. Doakan Mufid dapat capai yang terbaik dalam bisnes ni. Betullah, rezeki banyak datang dari perniagaan. Tapi, nak berniaga kena ada ilmu. Sebab tu Mufid bersyukur jadi family PBAngels. Semua hal bisnes diajar, semua dibimbing oleh Mentor-mentor yang dah berjaya. Modal nak bermula pon tak besar. Yang penting komitmen nak berjaya, dan sanggup ikut jejak langkah mentor.



InsyaAllah lepas bersalin, satu lagi nikmat yang Allah akan bagi dapat besarkan dan tengok anak membesar depan mata. Terima kasih Allah. Kau maha mengetahui yang terbaik untuk hamba mu. Semoga Mufid dapat kebebasan masa dan kebebasan duit melalui bisnes ini. Doakan yang baik-baik untuk Mufid. 

Pada surirumah yang teringin nak ada income sendiri, boleh contact Mufid. Kita sama-sama bantu naikkan ekonomi keluarga kita. InsyaAllah, banyak tangan yang akan membantu kita dalam bisnes ni. 


www.mufidhusin.blogspot.com
E-mail : mufidadzam@gmail.com
Whatsapp : +6017-6161587
Facebook : Mufidah Md Husin
Instagram : Mufidah Husin

Herba Maharani Untuk Berpantang dan Kesihatan Dalaman Wanita

Assalammualaikum..

Rasa cepat betul masa berlalu. Tahu-tahu dah masuk pertengahan bulan Disember. Blog ni pon dah bersawang dah sebab lama tak update. Hari ni nekad nak update. Semoga apa yang Mufid kongsikan ni akan beri manfaat untuk semua. 

You all pernah dengar tak Herba Maharani? Maybe ada yang tahu dan ada yang tak. Bila sebut herba, mesti terbayang produk kesihatan kan. Sebab Mufid yakin, semua pon tahu khasiat herba untuk kesihatan kita. So, hari ni Mufid nak share sikit tentang Herba Maharani ni. Nama pon dah gah, Herba Maharani. Khasiat Herba Maharani ni memang setanding dengan namanya.




Apa itu Herba Maharani?

Herba Maharani juga dikenali sebagai herba ayam hitam, atau nama sebenarnya Beijing Te Zhi Bai Feng Wan. Herba Maharani ni berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada zaman Dinasti Ming. Boleh bayangkan tak berapa lama Herba Maharani dah di amalkan. Jangan risau, walaupon berasal daripada China, Herba Maharani ni dijamin Halal. So, you all tak perlu rasa was-was nak amalkan Herba Maharani ni tau.




Herba Maharani dihasilkan daripada kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu pati ayam hitam, Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita dan Radix Giycyrrhiza Uralensis.

You all pernah tak tengok dokumentari tentang herba-herba cina. Kalau pernah, mesti you all tahu betapa susah nak dapatkan dan berharganya herba-herba ni semua. Tapi kita beruntung, tak perlu dah susah-susah nak dapatkan khasiat herba-herba ni. Semua dah disediakan dalam satu produk sahaja. Sekarang boleh tak bayangkan khasiat Herba Maharani ni? Apa khasiat Herba Maharani sampai boleh bertahan berpuluh-puluh tahun dalam pasaran? 

Antara khasiat Herba Maharani ialah menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid, mengawal keputihan, melegakan tekanan dan kesakitan. Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri, pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya. Herba Maharani sangat bagus untuk diamalkan terutamanya ketika berpantang. Maklumlah, bila bersalin kita banyak hilang darah, tenaga dan rahim pon perlu dirawat. Herba Maharani membantu menguat, mengecutkan otot rahim dan saluran peranakan. Mufid memang dah standby Herba Maharani ni untuk berpantang nanti. Takut nanti tak ada stok.



Selain baik untuk kesihatan dalaman, Herba Maharani juga boleh membantu untuk mendapatkan zuriat. Iyelah, bila masalah dalaman seperti kitaran haid semua dah betul, potensi untuk mendapat zuriat lebih tinggi. Yang penting kita ada usaha dan doa. InsyaAllah dipermudahkan.

Bila sebut berpantang dan mudah mendapatkan zuriat, bukan bermakna Herba Maharani ni hanya sesuai untuk wanita yang sudah berkahwin ye. Gadis-gadis remaja pon bagus amalkan Herba Maharani ni terutamanya yang mempunyai masalah senggugut, keputihan, peredaran haid tak teratur, dan usaha mengelakkan kemandulan.

 Yang paling best, Herba Maharani dapat mengaktifkan hormon estrogen, progestron & androgen wanita. Sesuai sangat untuk wanita sekarang yang mementingkan kecantikan kerana dapat menjadikan kita awet muda, menegang dan memberi keanjalan kulit, menghilangkan keletihan dan meningkatkan kadar metabolisme. Siapa yang tak nak kekal sihat dan cantik kan. Mesti ramai yang kagum dengan Che Ta yang sentiasa nampak cantik walaupon dah berusia 40an. Sekarang you all pon boleh jadi macam Che Ta.

Cara Pengambilan Herba Maharani:


Cara makan Herba Maharani yang disyorkan adalah 25-50 biji pil kecil sekali sehari. Mulakan makan Herba Maharani hari pertama selepas period (datang haid). Masa terbaik untuk makan Herba Maharani ialah pada waktu pagi sebelum sarapan. In case hendak ambil pada waktu malam pun boleh. Makan mestilah bersama air suam.

Herba Maharani mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama yang tidak pernah makan pil herba sebelum ini. Sebaik-baiknya mulakan dengan 25 biji dahulu, dan jika badan rasa panas minum banyak air kosong / plain water. Kemudian kurangkan dos kepada 10-15 biji.

Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani = 6 bebola putih = 300 biji kecil pil Herba Maharani.

Jika ambil 10 biji sehari = 30 hari. Waktu sedang period jangan ambil Herba Maharani.
Jika ambil 25 biji sehari = 12 hari. After habis sekotak, stop untuk bulan tersebut, and sambung pengambilan selepas habis period.
Jika ambil 50 biji sehari = 6 hari. After habis sekotak, stop untuk bulan tersebut, and sambung pengambilan selepas habis period.
Sebulan amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. Setelah habis sekotak, hentikan pengambilan Herba Maharani seketika sehingga period seterusnya datang. Selepas habis period, ulangi cara makan yang sama.

Testimoni Pengguna

Ni antara sebahagian testimoni dari pengguna-pengguna Herba Maharani. 












Jadi, lepas ni you all boleh la amalkan Herba Maharani ni ye. Memang bagus untuk kesihatan dalaman kita. Kalau kita tak jaga dari sekarang, bila lagi nak jaga badan sendiri.  Kalau you ada sebarang pertanyaan tentang Herba Maharani ni ni boleh contact Mufid. Semoga lepas ni kita sama-sama sihat dan cantik macam Che Ta. Muahhhh....

www.mufidhusin.blogspot.com
E-mail : mufidadzam@gmail.com
Whatsapp : +6017-6161587
Facebook : Mufidah Md Husin
Instagram : Mufidah Husin