Thursday, 8 June 2017

Cozuma Mattifying Lipstick

Assalamualaikum

Siapa ada bad habit? Apa bad habit you all ye? Haa bukan apa, Mufid saja la nak share pasal bad habit Mufid satu ni yang sampai sekarang tak berjaya buang. Banyak je bad habit sebelum ni, tapi dah berjaya stop. But yang satu ni, ya ampun...tak tau la nak kata ape. Mak, sibling, husband ehhh ramai la yang bising,tapi memang susah nak buang.

Haaa, rasa-rasa apa? Ok, Mufid dari kecik zaman-zaman sekolah rendah sampai sekarang suka peel off kulit bibir yang kering, sampai berdarah-darah tau. Rasa puas je bila dapat kopek kulit kering tu. So untuk elak kan mengopek kulit tu, Mufid akan makesure sapu lipbalm sekerap mungkin. So lipbalm tu memang benda wajib yang kena ada dalam beg.

Memang banyak jenis lipbalm ni, tapi kebanyakannya tak ada color dan ada rasa buah-buahan. Ada yang ada color tapi limited pilihanya dan tak sesuai dengan Mufid. Macam tak best la kan kalau pakai yang tak berwarna ni, nampak pucat je. Paling tak pon, Mufid akan double kan lipbalm dengan lipstick. Tapi warna lipstick tu tak brapa lekat la. So macam tak best.

But since last year, Mufid try Cozuma Mattifying Lipstick. Surprisingly bibir tak kering bila pakai lipstick Cozuma ni. So bila nak keluar, Mufid tak perlu pakai lipbalm dan lipstick dah. Just guna Cozuma lipstick ni pon bibir ok dah. Tak ada lah bawak bad habit ni mengopek kulit bibir pon tak buat la.



Yang best nya, range warna untuk Cozuma lipstick ni pon banyak. Cakap je nak color apa, merah terang, pink semua ada. Boleh pilih warna apa yang you all suka. Harga pon sangat berpatutan, sesuai dengan kualiti lipstick ni.


Orang cakap sharing is caring, sebab tu Mufid share pasal Cozuma lipstick ni. Kot ada antara you all pon ada problem yang sama macam Mufid. So why not you all try guna Cozuma lipstick ni. Mana tahu boleh bantu you all hilangkan masalah kulit bibir yang kering. Now sempena raya ni ada promosi tau. Ni lah masa paling best nak shopping.


Harga Cozuma Mattifying lipstick ni RM44 satu. Tapi kita orang perempuan kan suka tukar-tukar color ikut majlis dan tempat or warna baju kan. So why not you all grab je 3 color terus. Promosi untuk 3 batang lipstick Cozuma ni hanya RM120 dan free postage. Jimat banyak tu. Raya nanti boleh la tukar-tukar color lipstick, plus tak la bibir you all kering.

So contact Mufid ok. Banyak je warna-warna lain yang you all boleh pilih. Semoga raya nanti kita sama-sama cantik ;)

Whatsapp : +6017-6161587
Facebook : Mufidah Md Husin
Instagram : Mufidahhusin





Sunday, 4 June 2017

Resepi Kek Pisang Paling Mudah

Assalamualaikum

Selamat berpuasa semua. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan dapat bertemu Ramadhan tahun ini. Semoga kita sama-sama dapat beribadah sebaik dan sebanyak mungkin dan terus istiqamah selepas ini.

Bila masuk bulan puasa ni, macam-macam resepi keluar. Seharian berpuasa memang keinginan nak makan tu lain macam sikit. Tu yang banyak idea-idea dan resepi muncul.

Mufid nak share resepi kek pisang paling mudah dan sedap. Di sebabkan teringin nak makan kek pisang mufid pon try la resepi ni. So lepas ni kalau you all teringin nak makan kek pisang boleh try resepi mudah ni.

Kek Pisang Paling Mudah



Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**ayak semua dan satukan**
4 biji pisang berangan (kalau tak de, gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji)
1 cawan minyak (mufid guna minyak masak je)
1 cawan gula (nak lagi sedap separuh gula putih, separuh gula perang)
3 biji telur
** blend semua**
Cara penyediannya

1-. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
3-. Alaskan loyang dengan kertas minyak.
4- Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . Kalau kukus, dalam 45 minit.
5- Dah sejuk sedia dihidangkan.

Senangkan. Sambil-sambil nak masak untuk berbuka pon boleh buat. Hasilnya kek pisang yang gebu dan sedap. Nak lagi best letakkan hirisan pisang diatas kek, baru la nampak menarik. So selamat mencuba.

Thursday, 25 May 2017

BIO VELOCITY SLEEPMATE

Assalamualaikum semua


Salam Ramadhan, semoga kita semua dapat beribadah sebaik dan sebanyak mungkin dibulan mulia ini. Sempena Ramadhan ni juga, Mufid nak tanya you all pernah dengar tak tentang BVSM(Bio Velocity Sleepmate). Mungkin ada antaranya pernah dengar & ramai yang tak pernah dengar. Its ok, sebab kalau tak pernah dengar lepas baca ni mesti you all tahu apa tu BVSM ni.



Apa kene mengena pulak BVSM ni dengan bulan Ramadhan? Sebenarnya takde la related sangat, cuma bila sebut Ramadhan semua nak extra energy kan. Yela tak makan tak minum sepanjang hari, tak salah kalau kita boleh tambah kecergasan kita kan. Kalau tak cukup energy nanti takut nak beribadah pon malas.




Tapi BVSM ni bukan untuk diguna waktu bulan puase je. Mufid saja je relate kan dengan bulan puase sebab kita dah masuk bulan mulia ni.



Dalam cycle kehidupan kita, kita lahir, umur meningkat & mati. Ni cycle yang biasa, yang kita tak boleh ubah. Apa yang kita boleh ubah ialah kesihatan kita. Ada yang makin tua makin banyak penyakit, tapi ada juga yang masih sihat bertenaga. Yang mana kita nak pilih? Tepuk dada, tanya diri sendiri la.




Semua orang kalau boleh nak skip yang bab sakit tu. So kat sini la datang nya produk BVSM ni. BVSM ni direka untuk melewatkan proses penuaan dan meningkatkan tahap kesihatan kita dengan cara menguatkan immune system, melacarkan peredaran darah, dan meningkatkan tenaga & aura positif dalam badan.





Macam mana? Ada guna elektrik ke? Haa, mesti la tak guna elektrik. Bahaya nanti tak pasal kene renjatan pulak. Habis tu mana datang energy tu semua? Haaa, sebenarnya BVSM ni dihasilkan dari kain bermutu tinggi yang diimport dari Germany. Material ni anti habuk dan bakteria dan mestilah tahan lasak & tak mudah koyak.




Habis tu dari mana datang energy? Energy BVSM ni datang dari Matahari dhuha. Kenapa dhuha? Masa sekolah dulu pon dah belajarkan, matahari pagi bagus untuk kesihatan. Ala-ala cerita Mohabbatien (betul ke eja ni), amitabachan bangun pagi-pagi tunggu matahari terbit. Sebenarnya dia tahu matahari pagi ni bagus. Kalau kita tak kena matahari, keluar subuh balik maghrib mau layu je rasa badan tu kan.



Kajian tentang tenaga matahari dhuha ni dah dibuat oleh korea sejak 30 dulu lagi. Apa yang saintis ni buat? Simpan tenaga matahari dhuha ni. Hebatkan. Macam mana nak simpan tu? Kalau you all terrer fizik mesti you all tahu garam adalah medium yang baik untuk simpan tenaga. Garam yang dah stabil akan dicairkan dan disembur ke dalam BVSM ni dengan sekata. Bila kita guna BVSM ni, tenaga tu akan transfer ke kita la. You all boleh cari kat youtube video DEMO BIO VELOCITY SLEEPMATE ni. 



So can you imagine bila kita tidur atas BVSM ni 5-8 jam sehari, banyak mana energy yang you all boleh recharge. Bila bangun tidur, badan jadi fresh, hilang dah semua aura negatif & digantikan dengan aura positif. Best kan, kita tidur je pon bukan buat apa, tapi bangun tidur rasa macam baru balik bercuti gitu๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰. Ni semua dah terbukti tau, buka suka-suka, bukan scam & bukan tipu. Penat saintis ni buat kajian bertahun-tahun. 













So jom kita sama-sama jaga kesihatan kita. InsyaAllah kesihatan dan kecergasan diri akan bertambah baik. Tidur pon lebih berkualiti. So boleh contact Mufid ye kalau nak tahu detail or berminat nak beli. 


Whatsapp : +6017-6161587

Facebook : Mufidah Md Husin
Instagram : Mufidahhusin
E-mail : mufidadzam@gmail.com


Monday, 8 May 2017

Berpantang dengan Premium Beautiful

Assalamualaikum

Mufid nak cerita sikit pengalaman berpantang. Dalam tempoh berpantang biasanya orang lebih menjaga bab-bab makan. Apa yang boleh makan, apa yang tak boleh makan, kalau tak nak sembelit makan apa, ehhh macam-macam la tentang makan. Selain makan, yang turut dititik beratkan ialah tentang berurut dan berbengkung. Paling basic orang akan berurut at least 3 kali. Berurut ni tak jadi masalah sebab kita panggil tukang urut, kita serah badan je. Pandai la tukang urut tu nak buat apa, tak kisah la bersalin normal or czer.

Tapi yang bab berbengkung ni adoooiiii la, ada yang mengelat. Tak kisah la bengkung apa pon yang you all guna, please jangan mengelat. Kalau taknak perut tu tak mengempis, please pakai bengkung secara konsisten. Kalau rasa susah nak berikat-ikat bengkung tu,Mufid suggest you all guna je Premium Beautiful korset. JIMAT, sebab lepas berpantang pon boleh pakai lagi. So badan you all senang nak mengecil dan maintain. Lemak-lemak pon terletak di tempat yang sepatutnya. Taknak lah nanti ada orang tanya, ehh pregnant lagi ke, bile due? SENTAP!!

Tak susah pon nak pakai Premium Beautiful ni dan selesa sangat. Badan cepat dapat shape dan kesihatan dalaman pon dapat.

So contact Mufid ye, kita boleh cerita lebih detail tentang Premium Beautiful ni.

Whatsapp :017-6161587
Facebook : Mufidah Md Husin
Instagram : Mufidahhusin

Yang dekat-dekat area Damansara, Kuala Lumpur dan kawasan yang berdekatan jom kita minum-minum. Boleh try fitting ni for free๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š. Raya ni boleh la pakai peplum๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„.



                                                         



Sunday, 2 April 2017

Breastfeeding in public, yay or nay?

Assalamualaikum

Masa sebelum pregnant, Mufid tak pernah ambil kisah tentang brestfeed. Bila pregnant, setiap kali check up nurse akan "stress" kan tentang breastfeed. They even provide brestfeeding class for mom to be. Mula-mula tak ambil serius pon, sebab fikir apa yang susah nya, sumbat je la. Well, its not that easy. Banyak perkara yang perlu di ambil kira. Cara penyusuan yang betul, apa nak buat kalau bengkak susu, kalau susu tak banyak nak buat apa, ehhh macam-macam la. On top of it is when it comes to breastfeeding in public.

Baby Mufid memang 100% breastfeed. Mufid pam juga dan ajar baby guna botol. Tapi sampai sekarang dia reject. Dah try macam-macam cara, dan dah macam-macam jenis puting Mufid beli untuk ajar baby guna botol. Misi tak berjaya. So kalau sesiapa ada cara yang berkesan untuk ajar anak guna botol di usia 3 bulan, please share with me, ok.

So bila dah 100% breastfeed, memang tak boleh nak elak la breastfeeding in public kan. Mula-mula dulu bila keluar memang akan cari tempat yang khas untuk brestfeeding. Masalahnya bila dah jalan-jalan, susah or jauh nak cari tempat khas tu. Sudahnya baby meraung-raung la. At that time, memang dalam kepala cakap sumpah tak keluar jalan dah lepas ni. Then esok nya keluar juga, hahaha.

Sebenarnya based on my experient yang tak seberapa ni, Mufid rasa ok je kalau kita breastfeeding in public. Masyarakat sekarang dah lebih terbuka dan faham. Tapi jangan la pulak korang terang tang tang selak baju tanpa cover. Memang saja menempah gambar or video viral la, hahaha. Ni antara tips yang Mufid guna la untuk memudahkan breastfeeding in public.

1. Pakai baju yang sesuai
    Bila habis pantang dan nak keluar rumah, rasa satu almari baju dah tak relevan nak pakai. Nasib Mufid ada few kemeja yang berbutang. So sekarang bila keluar baju memang ulang-ulang baju yang sama. Memang banyak jual baju yang nursing friendly ni, berzip, ada yang macam berpoket, macam-macam pattern la kalau you all nak beli. So kalau korang bercita-cita nak brestfeed your baby in future, start la dari sekarang. Beli la baju yang nursing friendly. Jimat duit bila sampai masa nya nanti. Kalau tempah baju kurung or baju raya, pilih la pattern yang boleh memudahkan proses penyusuan. 

2. Nursing cover
    Pada Mufid ni yang paling penting. Nursing cover ni memang sangat-sangat membantu bila kita breastfeeding in public. Dengan nursing cover ni, you all boleh breastfeeding kat mana-mana. Make sure kalau beli, pilih kain yang tak panas dan jangan beli yang warna terlalu gelap. Kalau panas dan gelap nanti takut baby tak selesa dan meragam. Nursing cover ni ada macam-macam      jenis. You all boleh google. Ada yang macam skaf, ponco and ada yang sangat simple macam apron. You all nak buat sendiri pon boleh, sebab sangat-sangat senang nak buat. Mufid buat sendiri je, sejam je jahit sambil-sambil jaga anak.  





3. Bra yang sesuai
    Ni pon penting juga. Kalau you all pakai push up bra, or yang span tebal-tebal tu memang tak sesuai. Beli nursing bra, or nak lagi senang beli la Premium Beautiful bra. You all boleh choose nak pakai long bra or short bra. Kalau pakai full korset memang long bra la. If tak nak pakai full korset boleh beli short bra. Premium Beautiful bra memang sangat nursing friendly and at the same time dapat membantu mengelakkan bengkak susu dan a few more benefits. You all boleh baca tentang kelebihan Premium beautiful ni dalam entry  Mufid sebelum ni.



             


4. Nursing Pad
    Kalau tak nak baju bertompok sebab susu leaking, pakai la nursing pad. Make sure lekatkan betul-     betul, supaya tak terlipat bila you all breastfeed. So tak la baju you all basah di tempat yang tak           sepatutnya kan. Ni paham-paham sendiri la ye. Kalau you all pakai baju color yang cerah memang     akan obvious tompok-tompok tu. If you dont mind that its up to you.



5. Tuala kecil
    Bila breastfeeding, for sure ada susu yang akan terpancit. So siap-siap sediakan tuala so that boleh       terus lap susu tu and lap mulut baby sekali.

6. Baby carrier
    Ni optional. Mufid memang akan guna baby carrier sebab tangan Mufid tak kuat. Tangan second hand ni memang tak boleh nak tampung berat terlalu lama. Carrier ni juga boleh mudahkan breastfeeding masa berdiri. Bila kita jalan-jalan, sometime tak ada tempat duduk. So kalau ada carrier ni senang la nak breastfeed your baby. Mufid guna carrier jenis ni, senang ampu baby masa menyusu. 


Again, semua ni base on pengalaman Mufid. Harap dapat membantu ibu-ibu kat luar sana. If you all ada tips lain boleh la share dengan Mufid ye. 


Facebook : Mufidah Md Husin
Instagram : Mufidahhusin



Friday, 31 March 2017

Sabun MAGIC EZICLEAN

Assalamualaikum


Siapa suka magic show? Mesti ramai yang suka kan. Yela, benda yang tak tecapai akal ni biasanya senang nak tarik minat dan pehatian kita kan. Ni nak bagitahu, you all pon boleh buat magic tau. Bayangkan anak-anak balik sekolah especially anak lelaki, baju dan kasut diorang, ya ampunnn macam belacan.



Masa ni la mak-mak nak buat magic. Uniform dan kasut yang macam belacan tu tadi boleh jadi putih berseri balik. Tak payah susah-susah sental sampai terkeluar urat bagai. You all guna je sabun MAGIC EZICLEAN ni senang. Rendam je, lepastu sental manja-manje je. Mufid pon guna sabun ni, bukan untuk baju je. Getah paip dalam bilik air tu pon terpaksa bersih berseri bila dah rendam dalam Eziclean ni.









Kenapa orang panggil sabun ni magic? Sebab sabun ni sangat-sangat berkesan membersih kesan kotoran degil dengan mudah. Selain tu ada macam-macam sebab kenapa sabun ni best. Antaranya: 


Formulanya pekat dan kurang buih
Oleh sebab Sabun Eziclean ni mesra alam, formulasinya memang kurang buih ya, mudah nak bilas tapi sentiasa wangi and tidak berbau hapak. Jimat lah air kita kannn
Sabun Eziclean tidak mengandungi Klorin atau Caustic Soda
Caustic Soda ni dengan kata lain ialah Klorin atau agent peluntur yang biasanya digunakan untuk industrial usage. Selalu premis-premis kilang memang guna untuk bersihkan lantai kilang. Can you imagine soda ni kena kat tangan kita hari-hari? Caustic Soda ni mempunyai tahap pH 14, iaitu skala tertinggi untuk range measurement pH! Memang tak sesuai digunakan selalu, yelah tahap pH normal atau neutral ialah 7. So bayangkan pH 14 ni tiap-tiap hari kena kulit tangan kita ni.You all rasa macam mana, mesti la rosak kan kulit tu. Tapi kita tak usah risau lagi lah sebab Sabun Eziclean TIADA unsur soda ni, so warna baju tak luntur dan nampak seperti baru ? Tangan kita pun selamat tak rosak! 
Sabun Eziclean mudah larut dalam air
Semua sabun pon larut dalam air, betul. Tapi Mufid memang tak suka guna sabun serbuk dulu. Kenapa? Sebab bila sidai baju, mesti ada tompok-tompok putih melekat. Sabun yang tak larut tu mesti akan tinggalkan kesan kat baju. So imagine kalau baju kita warna hitam, lagi la jelas dan nyata tompok-tompok tu kan. Ia berlaku bila kita nak cepat and tak larutkan sabun serbuk dulu dalam air sebelum mula membasuh baju guna mesin basuh. So sudahnya, terpaksa basuh balik baju tu. Sabun Eziclean memang mudah larut dalam air, so tak ada dah masalah baju bertompok-tompok sabun.

Kalau nak tahu, Sabun Eziclean bukan sekadar untuk basuh baju and kasut sekolah je tau. Any fabrics pun boleh kecuali 100% silk (sutera). Banyak testimoni Sabun Eziclean ni boleh digunakan untuk bersihkan dinding lah, buat papan pemotong daging jadi bersih lah, basuh kasut getah Crocs lah, eh macam-macam. 
Eziclean ni pon ada banyak jenis. Antaranya Eziclean laundry, Eziclean toilet dan Eziclean dish washer.
Ni antara testimoni keberkesanan sabun MAGIC EZICLEAN.






Lepas ni tak perlu lah you all susah-susah menyental lagi. Guna saja sabun magic ni. You all boleh pm or whatsapp Mufid untuk dapatkan sabun ni. Mana yang dekat-dekat Mufid boleh COD. Yang jauh pon kita boleh pos. Kos pos RM10 per paket untuk semenanjung dan RM15 untuk Sabah Serawak. 

Kalau nak jadi agen untuk sabun ni pon boleh. Memang produk laku keras. Yuran ahli cuma RM50 sahaja. Boleh buat tambah income dalam ekonomi sekarang ni. Semua disediakan, class online, class marketing, ayat iklan, testimoni produk dan semua ni free je. 

Call/sms/ whatsapp : +6017-6161587
Facebook : Mufidah Md Husin

Thursday, 30 March 2017

Premium Beautiful Free Fitting & Consultation

Assalamualaikum

Dah habis bulan March dah. Tahun 2017 ni makin ramai orang perempuan yang nak tampil lebih cantik, sihat dan berkeyakinan. Ramai yang nak kurus sebelum raya, nak cantik masa pergi kenduri dan rumah terbuka. Orang cakap nak kurus cantik ni susah. Betul ke susah? Nak bersenam tak ada masa or tak suka, nak diet pon sejenis yang pantang nampak semua nak ngap. Memang susah la kan. 

Tapi kalau nak cara yang mudah pon ada. Ehh bukan ambil pil or ubat kurus ye. Ni nak cerita pasal korset yang dah berjuta-juta hit kat google. Mesti la korset pilihan ramai Premium Beautiful. SUPERBRAND and ada LIFE TIME WARRANTY lagi. Kenapa orang orang cari Premium Beautiful ni? Kalau produk bagus, semua orang pon nak kan. Sama la macam artis juga kan, kalau cantik or handsome ramai peminatnya. Dengan Premium Beautiful, adik-adik, kakak-kakak kat luar sana pon boleh jadi cantik macam artis gitu.



Sebenarnya ramai sangat nak pakai Premium Beautiful ni, tapi ada yang takut bila tahu harga nya. Macam ni la, nak senang kan cerita kalau kita nak pakai barang kualiti bagus kena la melabur lebih sikit kan. Tapi, at the end memang berbaloi-baloi la sebab kita beli sekali dan boleh pakai sampai bila-bila. Kalau you all beli bra pon satu dah puluh-puluh ringgit. Setahun brapa banyak kena beli? kali pulak dengan berapa tahun (mesti la selagi hidup kena pakai bra kan). So end up banyak juga la tu, ribu-ribu juga kan.

Premium Beautiful ni macam yang you all tahu ada 3 pieces. Long bra, waist nipper dan long girdle. Make sure beli dengan Premium Beautiful Expert tau (saya la salah seorang nya). PB expert akan ambil measuring badan you all, so that you all dapat Premium Beautiful pada saiz yang betul. Saiz sangat-sangat penting bila beli korset ni. Kalau ketat sangat nanti sesak nafas, kalau longgar tak nama nya korset dah. So saiz yang betul sangat penting untuk keselesaan you all.



Dengan Premium Beautiful experts, you all akan dapat service yang tip top all for free. Just bayar harga korset je, service semua free tau. Dah la Premium Beautiful ni bagus dan ada LIFE TIME WARRANTY, service pon bagus, so memang sangat berbaloi. FREE FITTING and CONSULTATION. 



So you all yang kat luar tu, nak cantik, nak kurus, nak shape cantik, nak hilang kan masalah sakit belakang, berpantang, nak hilangkan senggugut, eh macam-macam la..bole cari Premium Beautiful expert untuk bantu you all. Yang dah ada Premium Beautiful pon kalau nak cek saiz you all betul ke tak, bole juga cari PB expert.

So, jangan tunggu lagi. Raya tak lama dah ni. Jom tampil lebih cantik, sihat dan berkeyakinan dengan Premium Beautiful.

Whatsapp je Mufid untuk free fitting and consultation ok. Nanti kita jumpa.

Call/sms/whatsapp : +6017-6161587
Facebook : Mufidah Md Husin

PBAngels