Herba Maharani

Herba Maharani Untuk Berpantang dan Kesihatan Dalaman Wanita

Assalamualaikum..

Rasa cepat betul masa berlalu. Tahu-tahu dah masuk pertengahan bulan Disember. Blog ni pon dah bersawang dah sebab lama tak update. Hari ni nekad nak update. Semoga apa yang Mufid kongsikan ni akan beri manfaat untuk semua. 

You all pernah dengar tak Herba Maharani? Maybe ada yang tahu dan ada yang tak. Bila sebut herba, mesti terbayang produk kesihatan kan. Sebab Mufid yakin, semua pon tahu khasiat herba untuk kesihatan kita. So, hari ni Mufid nak share sikit tentang Herba Maharani ni. Nama pon dah gah, Herba Maharani. Khasiat Herba Maharani ni memang setanding dengan namanya.




Apa itu Herba Maharani?

Herba Maharani juga dikenali sebagai herba ayam hitam, atau nama sebenarnya Beijing Te Zhi Bai Feng Wan. Herba Maharani ni berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada zaman Dinasti Ming. Boleh bayangkan tak berapa lama Herba Maharani dah di amalkan. Jangan risau, walaupon berasal daripada China, Herba Maharani ni dijamin Halal. So, you all tak perlu rasa was-was nak amalkan Herba Maharani ni tau.



Herba Maharani dihasilkan daripada kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu pati ayam hitam, Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita dan Radix Giycyrrhiza Uralensis.

You all pernah tak tengok dokumentari tentang herba-herba cina. Kalau pernah, mesti you all tahu betapa susah nak dapatkan dan berharganya herba-herba ni semua. Tapi kita beruntung, tak perlu dah susah-susah nak dapatkan khasiat herba-herba ni. Semua dah disediakan dalam satu produk sahaja. Sekarang boleh tak bayangkan khasiat Herba Maharani ni? Apa khasiat Herba Maharani sampai boleh bertahan berpuluh-puluh tahun dalam pasaran? 

Antara khasiat Herba Maharani ialah menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid, mengawal keputihan, melegakan tekanan dan kesakitan. Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri, pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya. Herba Maharani sangat bagus untuk diamalkan terutamanya ketika berpantang. Maklumlah, bila bersalin kita banyak hilang darah, tenaga dan rahim pon perlu dirawat. Herba Maharani membantu menguat, mengecutkan otot rahim dan saluran peranakan. Mufid memang dah standby Herba Maharani ni untuk berpantang nanti. Takut nanti tak ada stok.



Selain baik untuk kesihatan dalaman, Herba Maharani juga boleh membantu untuk mendapatkan zuriat. Iyelah, bila masalah dalaman seperti kitaran haid semua dah betul, potensi untuk mendapat zuriat lebih tinggi. Yang penting kita ada usaha dan doa. InsyaAllah dipermudahkan.

Bila sebut berpantang dan mudah mendapatkan zuriat, bukan bermakna Herba Maharani ni hanya sesuai untuk wanita yang sudah berkahwin ye. Gadis-gadis remaja pon bagus amalkan Herba Maharani ni terutamanya yang mempunyai masalah senggugut, keputihan, peredaran haid tak teratur, dan usaha mengelakkan kemandulan.

 Yang paling best, Herba Maharani dapat mengaktifkan hormon estrogen, progestron & androgen wanita. Sesuai sangat untuk wanita sekarang yang mementingkan kecantikan kerana dapat menjadikan kita awet muda, menegang dan memberi keanjalan kulit, menghilangkan keletihan dan meningkatkan kadar metabolisme. Siapa yang tak nak kekal sihat dan cantik kan. Mesti ramai yang kagum dengan Che Ta yang sentiasa nampak cantik walaupon dah berusia 40an. Sekarang you all pon boleh jadi macam Che Ta.

Cara Pengambilan Herba Maharani:

Cara makan Herba Maharani yang disyorkan adalah 25-50 biji pil kecil sekali sehari. Mulakan makan Herba Maharani hari pertama selepas period (datang haid). Masa terbaik untuk makan Herba Maharani ialah pada waktu pagi sebelum sarapan. In case hendak ambil pada waktu malam pun boleh. Makan mestilah bersama air suam.

Herba Maharani mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama yang tidak pernah makan pil herba sebelum ini. Sebaik-baiknya mulakan dengan 25 biji dahulu, dan jika badan rasa panas minum banyak air kosong / plain water. Kemudian kurangkan dos kepada 10-15 biji.

Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani = 6 bebola putih = 300 biji kecil pil Herba Maharani.

Jika ambil 10 biji sehari = 30 hari. Waktu sedang period jangan ambil Herba Maharani.
Jika ambil 25 biji sehari = 12 hari. After habis sekotak, stop untuk bulan tersebut, and sambung pengambilan selepas habis period.
Jika ambil 50 biji sehari = 6 hari. After habis sekotak, stop untuk bulan tersebut, and sambung pengambilan selepas habis period.
Sebulan amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. Setelah habis sekotak, hentikan pengambilan Herba Maharani seketika sehingga period seterusnya datang. Selepas habis period, ulangi cara makan yang sama.

Testimoni Pengguna

Ni antara sebahagian testimoni dari pengguna-pengguna Herba Maharani. 







Jadi, lepas ni you all boleh la amalkan Herba Maharani ni ye. Memang bagus untuk kesihatan dalaman kita. Kalau kita tak jaga dari sekarang, bila lagi nak jaga badan sendiri.  Kalau you ada sebarang pertanyaan tentang Herba Maharani ni ni boleh contact Mufid. Semoga lepas ni kita sama-sama sihat dan cantik macam Che Ta. Muahhhh....

Herba Maharani Damansara/Kuala Lumpur
www.mufidhusin.blogspot.com
E-mail : mufidadzam@gmail.com
Whatsapp : +6017-6161587
Facebook : Mufidah Md Husin
Instagram : Mufidah Husin

No comments:

Post a Comment